Selasa, 8 Februari 2011

Sulaman Reben

Pertama kali melihat kusyen sulaman reben hati sudah tertawan. Ia hasil seni jahitan sulaman yang indah. Cantik. Demi minat, saya cuba buat sendiri. Pertama kali menjahit menggunakan reben, terkial-kial jari dibuatnya. Tapi lama kelamaan sudah mula membiasakan diri. Maklumlah selalunya jahit sulam guna benang sulam, ini digantikan pula dengan reben. Hampir seminggu jugalah sebelum siap kusyen pertama.

Inilah hasilnya....

Baru siap... belum jadi kusyen...
Yang ini tak berapa cantik... maklumlah budak baru belajar... guna jahitan asas sahaja...


Bagi cubaan pertama, saya gunakan fabrik baldu warna merah. Merah bukanlah warna kegemaran, tapi warna itu yang ada dalam simpanan... gunalah yang mana ada, tak elok membazir. Kita tengok dulu hasilnya.



Kusyen yang sudah siap. Saiz 16 inci x 16 inci.

Khamis, 3 Februari 2011

Selamat Datang
Assalamualaikum... Salam Sejahtera.
Jutaan terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog saya. Ilham Pesona menjadi medan perkongsian minat saya dalam bidang seni jahitan terutamanya sulaman reben dan manik dengan pembaca sekalian. Sudah lama saya ingin membina blog sendiri, akhirnya impian menjadi kenyataan di tahun 2011 ini. Alhamdulillah...
Blog ini juga dapat membantu saya mengasah bakat dalam bidang penulisan. Diharapkan anda terhibur dengan segala kandungannya...
Sekian, terima kasih.